admin@myfurqan.com 0193329569

  

  

  

  

 SYARAT & POLISI

e-KHAIRAT SURAU AL-FURQAN

Merujuk kepada Tabung Khairat Surau Al Furqan Presint 11, Putrajaya khusus untuk ahli kariah Putrajaya.
Tabung ini adalah berkonsepkan amal jariah dan bantu membantu sesama ahli kariah yang ditimpa musibah dan kematian ahli keluarga.

BAYARAN


Maklumat bayaran adalah seperti berikut :

  • Yuran Pendaftaran: RM60.00
  • Yuran Tahunan : RM30.00

MANFAAT KEMATIAN

Ahli atau waris akan mendapat bantuan kos pengurusan jenazah apabila berlaku kematian seperti di bawah :

  • Ahli, pasangan(seorang sahaja) dan anak-anak.   
  • Anak-anak termasuk anak kandung, anak tiri dan anak angkat berdaftar yang berada di bawah tanggungan sehingga belajar di peringkat ijazah pertama (maksimum umur 21 tahun).
  • Ibu dan Ayah Ahli/Mertua Ahli.
  • Manfaat duit tabung adalah untuk ahli kariah di dalam kesulitan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BAGI MEMOHON SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN


  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh TIDAK melebihi 3 bulan daripada tarikh kematian dengan mengemukakan sijil kematian atau permit perkuburan.
  • Telah menjadi ahli khairat minimum 6 bulan dan keatas daripada tarikh pendaftaran dan juga telah membuat pembayaran pendaftaran serta yuran tahunan dengan sempurna.
  • Yuran keahlian TIDAK tertunggak melebihi 3 tahun.

  • Ahli khairat mestilah berumur 21 tahun dan keatas.